Sunday, September 4, 2011

Ayah Sim...

Umat Islam kehilangan ulama tersohor
M Faqih   
Umat Islam di negara ini kehilangan seorang tokoh ulama tersohor apabila Tuan Guru Datuk Hashim Abu Bakar, 88, kembali ke rahmatullah pada petang 1 Syawal lalu.
Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Sim terlantar sakit hampir dua tahun lalu merupakan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) dan mudir Pondok Pasir Tumbuh.
Lebih 2,000 warga pondok dan penduduk tempatan menunaikan solat ke atas jenazahnya yang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Turut berangkat menunaikan solat di Masjid Pondok Pasir Tumbuh kira-kira jam 6 petang iaitu Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan.
Jenazahnya kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran pondok terbabit.
Setiausaha PPPB, Adam Abdullah berkata, Allahyarham disifatkan sebagai generasi terakhir ulama tersohor dari Malaysia yang pernah mendalami pelbagai kitab di Makkah.
“Sekarang boleh dikatakan sudah tidak ada  lagi ulama yang pernah mendalami ilmu agama di Makkah secara halaqat terus dengan ulama-ulama besar di Masjidilharam.
“Pada pandangan saya boleh dikatakan tiada lagi ulama besar seperti Allahyarham Ayah Sim di negara kita yang pernah menekuni pelbagai ilmu agama di Makkah,” katanya.
Menurutnya ulama yang belajar secara berkitab di Makkah berguru dengan ulama-ulama besar dan mengetahui lebih banyak cabang ilmu.
Setiausaha Pondok Pasir Tumbuh, Sairozi Atiqullah berkata, warga pondok benar-benar merasakan suatu kehilangan besar setelah kembalinya Ayah Sim menghadap Ilahi.
Katanya, Allahyarham satu-satunya pengasas Pondok Pasir Tumbuh yang ada sebelum ini selepas kematian  Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar.
“Ayah Sim mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama dua orang iparnya. Dan selepas kedua-duanya meninggal beliau menggantikan tempat sebagai penguasa I atau mudir  sehingga sekarang.
”Allahyarham juga dilantik sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad sejak 1995,” ujarnya.
Tuan Guru Hashim dilahirkan di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah pada 1923. Mendapat pendidikan di Darul Ulum ad-Diniah, Makkah (1936 – 1939).
Pernah juga belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Abdullah Merbuk, Sungai Petani; Pondok al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak; Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra dan Pondok Bunut Payong Kota Bharu.
Ayah Sim juga pernah dianugerah Tokoh Hijraturrasul 1428 Hijriah peringkat negeri Kelantan dan mendapat anugerah Datuk Paduka daripada Sultan Kelantan pada 2010.
Beliau meninggalkan lima anak. Isterinya meninggal beberapa tahun lalu.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kehilangan Ayah Sin begitu dirasai rakyat dan kerajaan negeri Kelantan kerana kehebatan ilmu yang ada padanya.
“Sepanjang hayatnya Allahyarham sering menjadi rujukan dalam pelbagai bidang berkaitan permasalahan agama,” ujarnya.

Tuesday, July 19, 2011

Merpati harga sebuah kereta
Oleh Azman Mahmood
azmanm@bharian.com.my
2011/07/19

  
  • Foto AHMAD bersama kereta hasil pertukaran dengan merpati jenis Pomeranian Pouter di rumahnya di Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu, semalam.
  • Foto BURUNG merpati Norwich Croper antara spesies rebutan peminat burung eksotik.
Hobi pelihara burung eksotik mampu jadi perniagaan menguntungkan

KUALA TERENGGANU: “Seorang peminat burung merpati sanggup menyerahkan kereta Proton Wira bernilai RM20,000 dan menambah wang tunai RM1,000 bagi mendapatkan dua pasang burung merpati eksotik yang saya bela, Mac lalu,” kata Ahmad Hashim, 44, yang menjadikan hobi memelihara burung itu kepada perniagaan menguntungkan.
Bagaimanapun, beliau berkata, dua pasang merpati yang ditukar dengan kereta itu bukan sembarangan burung kerana ia baka Pomeranian Pouter, diimport dari Amerika Syarikat dan mempunyai nilai pasaran tinggi antara RM2,000 hingga RM2,500 seekor bagi anak berumur kurang empat bulan.
Katanya, walaupun harga burung itu tidak semahal ayam serama yang mencecah RM30,000 seekor, ia mempunyai keunikan tersendiri dan dikatakan lebih hebat dan cantik berbanding ayam serama terutama apabila merpati itu membonjolkan dadanya seperti bola dan bulunya mengerbang melindungi kaki yang panjangnya mencecah sehingga 12 sentimeter.

Ahmad berkata, beliau memelihara merpati dari Eropah, Amerika Syarikat dan Pakistan sejak lima tahun lalu sebagai hobi sambil menjadikan sumber pendapatan tambahan.

Bagaimanapun, katanya, ia kini menjadi perniagaan yang menjana pendapatan kerana baka import itu mendapat sambutan hangat peminat merpati terutama baka baru seperti Pomeranian Pouter dan English Pouter yang memasuki negara ini awal tahun ini, selain baka popular lain seperti Reverswing, Hana Spangle, Gaditano Pouter, Norwich Cropper dan Brunner.

“Saya tidak menghadapi masalah memasarkan burung ini kerana turut menggunakan internet, selain promosi mulut ke mulut di kalangan pelanggan saya.
“Saya mampu menjual dua hingga tiga pasang merpati baka import sebulan berharga antara RM2,000 hingga RM2,500 bagi sepasang anak yang ditetaskan di sini dan berumur kurang empat bulan.

“Bagaimanapun, mendapat kereta sebagai tukaran dua pasang merpati dewasa baka Pomeranian Pouter antara pengalaman paling mengejutkan sepanjang terbabit dalam perniagaan itu,” katanya yang mempunyai 40 pasang pelbagai spesies merpati eksotik import yang dipelihara di tepi rumahnya di Kampung Kuala Bekah, di sini.

Jirannya yang juga penjual merpati eksotik, Mohd Maizureen Mohd Nor, 34, berkata beliau memelihara merpati baka dari Amerika Syarikat, Eropah dan Pakistan pada akhir 2009 dan mempunyai 50 pasang baka baru diperkenalkan ke negara ini seperti Gaditano (Sepanyol), Norwich Cuopper dan Brunner (Amerika Syarikat) dan Reverswing serta Hana Spangle (Pakistan).

 

  
  • Foto

Monday, June 27, 2011

Ciri-ciri Usahawan Yang Berjaya

Berikut adalah antara sifat-sifat usahawan yang berjaya sebagai tips pedoman untuk kita semua merenungi sejenak ;

1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
2. Hasrat untuk menerima cabaran.
3. Bebas dari segi fikiran dan tindakan.
4. Penyelesai masalah.
5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.
6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
8. Kesudian menerima tanggungjawab.
9. Mahir berkomunikasi
10. Konsep diri yang positif.
11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
13. Berorietasikan perancangan.
14. Berkemahiran dalam pengurusan.
15. Menetapkan matlamat.
16. Mahukan kemajuan.
17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
18. Berkepimpinan.
19. Bersungguh dan berusaha.
20. Pandai membuat keputusan
21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .
22. Bersyukur dan Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

Sunday, June 26, 2011

Imej bandar ganjil di kaki langit




HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.
Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.
Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap. - Agensi
SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini.

Wednesday, June 22, 2011

Budak baca ayat al-Quran elak dirogol


2011/06/22

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.
“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.
Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.

Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.

Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi

Sunday, June 19, 2011

Puting beliung landa Air Papan

PUTING beliung yang dirakamkan berlaku berhampiran Pengkalan Teluk Buih, Air Papan, Mersing kelmarin.


PUTING BELIUNG. Nelayan yang berada di Pengkalan Teluk Buih, Air Papan, Mersing, Johor kelmarin dikejutkan dengan kejadian puting beliung yang bermula dari tengah laut berhampiran dengan Pulau Setindan.
Mereka mendakwa putaran angin kencang yang berlaku pada pukul 3.30 petang itu sampai ke pantai Teluk Buih dalam masa yang singkat sebelum memusnahkan puluhan bot nelayan di pengkalan tersebut.
Kejadian puting beliung itu turut memusnahkan bumbung sebuah gerai makan berhampiran pengkalan berkenaan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Saturday, June 18, 2011

Ombak matahari lebih besar daripada Bumi


2011/06/19

NYALAAN solar dikesan di permukaan matahari.
NYALAAN solar dikesan di permukaan matahari.
FLORIDA: Gelombang besar plasma panas yang bergulung di atas permukaan matahari dikatakan bergerak dengan kelajuan setinggi 4.5 juta batu (7.2 juta kilometer) sejam, dedah kajian terbaru. Ombak yang terlalu besar itu sebesar 16 Bumi.

Ini adalah bukti pertama yang jelas mengenai atmosfera rendah matahari mengandungi gelombang magnetsonik sangat laju.
Gelombang laju itu mempunyai halaju 2.3 juta hingga 4.5 juta batu sejam (1,000 hingga 2,000 kilometer sesaat), tempoh dalam lingkungan 30 hingga 200 saat dan lebar ombak itu antara 100,000 hingga 200,000 kilometer, bersamaan jika lapan hingga 16 Bumi disusun di atas satu sama lain.
Ahli sains menemui ombak itu dengan alat Pengumpulan Pengimejan Atmosfera, peralatan dalam Pemantauan Dinamik Solar NASA, yang digunakan untuk memantau matahari daripada orbit mengelilingi Bumi. Gelombang besar pada matahari berlaku apabila letusan atau nyalaan permukaan solar menolak plasma panas.

Saintis sudah memerhatikan gelombang perlahan pada matahari tetapi gerakan pantas ombak yang turut dijangkakan oleh teori, sehingga kini tidak dikesan kerana teleskop angkasa sebelum ini tidak mampu merakam secukupnya imej pantas itu.

“Ia seperti fenomena biasa,” kata Ketua Fizik di Makmal Astrofizik dan Solar Lockheed Martin, Karel Schrijver di Palo Alto, California dalam satu kenyataan.

“Walaupun matahari kelihatan tenang, kita lihat puluhan gelombang itu. Walaupun mekanisme mencetuskan gelombang itu masih dikaji, ia seperti berkait rapat dengan nyalaan solar.”

Dengan memerhati gelombang ini, ahli sains berharap dapat lebih faham proses fizik solar dan kesannya berdekatan dengan ruang Bumi dan persekitaran angkasa.

“Penemuan dan analisis ini penting kerana kita menyaksikan fenomena di mana sebelum ini tidak kita sedari,” kata ketua penyelidik di Pengumpulan Imej Atmosfera makmal Lockheed Martin, Alan Title yang kali pertama perasan mengenai kelajuan gelombang itu.

“Kemuncak penemuan ini ialah lebih banyak kita melihat nyalaan solar, lebih banyak gelombang yang kita lihat dan pemantauan dan analisis ini membawa kepada pemahaman yang lebih baik terhadap proses yang terbabit,” katanya. – Agensi

Monday, June 6, 2011


Pautan yang berkaitan dgn penyakit kambing....

Memilih Kambing Untuk Diternak

Salam rakan-rakan ternak sekalian. kalau nak pilih kambing untuk diternak..pasti perkara utama yang perlu diperhatikan adalah jenis baka dan saiz tubuh badan yang ok . yang paling utama ialah kesihatan kambing tersebut..
namun begitu terdapat beberapa perkara lain yang saya rasa wajar dipertimbangkan dan diberi perhatian agar ternakan yang dibeli nie mendatangkan nilai komersial untuk perniagaan kite.
kalau saya nak beli kambing...saya suka memilih kambing2 seperti yang berikut:
1. Anak kambing yang berumur 5-6 bulan.
Pastikan anda yakin anak kambing nie boleh membesar dengan kadar yang cepat. macam mane nak tahu kambing nie mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi?? tengok pada saiz badan kambing tersebut.. klu kecik2 badan dah gemok semacam jer...selalunyer kambing nie cepat besar.
anak kambing nie selalu dalam harga RM 200-Rm250. korang bela dalam 3-4 bulan dah boleh jual dalam harga RM 300-RM 400. kat situ dah dapat untung runcit., kalau orang xbeli pun, korang xrugi sebab kambing nie mungkin boleh jadi baka pelapis untuk program breeding kat kandang.

2. Kambing betina yang dah ada anak.
bagi penternak yang baru nak bermula menternak, nie kaedah yang boleh memudahkan penjagaan ternakan anak kelak. kalau nak beli, cari kambing ibu yang bersama-samanya ada anak. beli ibu n anak sekali lah. nie disebabkan kita yakin bahawa ibu yang dibeli mampu beranak &tidak mandul. berhati-hati..sesetengah penternak yang tidak bertanggungjawab ada yang jual kambing yang mandul. yang kedua kita yakin bahawa ibu tersebut memang pandai jaga anak. ibu yg ada pngalaman jaga anak selalunya memang pandai jaga anak pada sesi kelahiran yang akan datang. tapi jgn lah cari yang dah tua sangat...

banyak lagi sebenarnye perkara yang perlu diberi perhatian sebelum beli kambing. sy kongsi dua nie dulu. nie pendapat peribadi saya lah.. lain orang, lain pendapat... terpulang pada anda yang membaca.
chow dulu. salam

Tuesday, May 24, 2011

musibah...

Antara Hikmah Musibah:
1 Allah swt sangat rindu pada kita. Dan Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Adakalanya kita “terlemas” dengan urusan dunia. Kesibukan menyebabkan kita lalai daripada mengingatiNya. Solat kita penuh dengan dunia. Zikir kita penuh dengan dunia. Sedekah kita juga kerana dunia. Sehingga tiada saat, terdetik di dalam hati kita untuk mengingatiNya. Kalau ada pun, hanya sedikit sahaja..Sehingga boleh dibilang dengan jari jemari sahaja.

Apabila ditimpa musibah, kebiasaannya, manusia akan mula mengingati Allah swt. Manusia akan cuba mencari peluang agar selalu dekat denganNya. Manusia akan mula menambahkan doanya. Manusia akan mula menambahkan amalnya. Solatnya tidak lagi leka..Zikirnya tidak lagi leka..Khusyu’ dan khudu’ mula menemani dalam setiap ibadahnya.

Nah!..Inilah yang Allah swt mahukan. Dia sangat rindu mendengar suara hambaNya. Kerana Dia sangat suka mendengar zikir hambaNya, Dia sangat suka mendengar bacaan Al Quran daripada hambaNya. Dia juga sangat suka apabila hambanya menadahkan tangan di dalam tahajudnya, meminta-minta, merintih, merayu, dan menangis di hadapanNya

2. Allah Ingin Menghapuskan Dosa

Dalam menelusuri kehidupan yang fana’ ini, acap kali kita terlupa bahawa hidup berlandaskan syariat. Acap kali kita lalai dengan melakukan dosa dan maksiat, acap kali kita lalai dengan kematian yang bakal menimpa. Maka, Allah swt berikan kita sedikit musibah, agar kita kembali muhasabah diri dan membuat koreksi atas setiap kesilapan kita. Perbanyakkanlah taubat dan istighfar, agar Allah swt menjadikan musibah ini sebagai kaffarah kepada dosa-dosa kita. Harapan kita semoga, bila dosa-dosa ini sudah terampun sebelum kita mati, maka di akhirat nanti ia tidak akan disebut lagi di mahkamah ahkamul haakimin.

sebagaimana sabda nabi: ”Senantiasa ujian menimpa lelaki dan perempuan yang beriman pada tubuhnya, harta, dan anaknya, sehingga ia berjumpa dengan Allah Subhanahu wata’ala dalam keadaan tidak memiliki dosa.” (HR Ahmad dan At-Tirmidzi).
Juga hadits yang lain yang ertinya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapus sebagian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim)

3. Allah swt ingin menambahkan pahala kita

Betapa kerdilnya amalan kita jika dibandingkan amalan Sahabat Nabi kepada Allah. Betapa kita mendambakan syurga yang nikmatnya sangatlah hebat, sedangkan amalan kita hanya sekelumit hati kuman. Betapa kita mengerikan api neraka, sedangkan amalan kita cenderung mencampakkan diri ke sana.
Indahnya musibah apabila Allah menambahkan pahala kepada mereka yang ditimpa musibah dan kemudian mereka bersabar. Betapa sangat besar Cinta Allah kepada kita dengan memberikan pahala sebagai bekalan menuju syurgaNya. Betapa sangat besar Cinta Allah kepada kita dengan memberikan pahala sebagai pelindung mengelak dari api neraka.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda: Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadis Qudsi telah bersabda; “Wahai anak Adam! Jika engkau terus bersabar (bilamana hilangnya sesuatu daripada dirimu) dan engkau harapkan pahala, maka Aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah daripada syurga.”(HR Ibnu Majah)

MasyaAllah! Indahnya CINTA Allah swt…Kita makhluk yang sangat lemah, sangat tidak mengerti apakah hikmah di sebalik setiap musibah. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahuinya. Hakikatnya, Allah swt sentiasa menentukan apa yang TERBAIK buat kita kerana Dia sangat-sangat CINTA pada kita.

bengal...