Wednesday, February 1, 2012

Rumput ternakan bawa pulangan lumayan


SEBAHAGIAN daripada pemandangan rumput Napier Taiwan yang ditanam oleh Mustafa Ahmad di Kampong Senawar, Kuala Kangsar subur menghijau.


KUALA KANGSAR 2 Julai - Keberanian seorang bekas ketua kampung, Mustafa Ahmad, 41, memajukan tanah terbiar seluas 4.5 hektar dengan tanaman rumput jenis Napier Taiwan kini mula berbaloi dan membuahkan hasil lumayan.
Walaupun tanah yang terletak di 'pulau jadian' di Sungai Perak di Kampung Senawar itu mengandungi 80 peratus pasir, tetapi ia tidak menghalang hasrat menebal usahawan ini untuk menjadikannya sebagai sebuah ladang yang subur.
Berbekalkan keyakinan tinggi terutama sekali selepas melupakan dunia kontraktor kelas F, beliau mengikuti pelbagai kursus pertanian dan haiwan termasuk tanaman rumput ini.
Menurut Mustafa, rumput Napier Taiwan yang diusahakan sejak empat tahun lalu itu menunjukkan hasil memberangsangkan kerana tumbuhan itu cepat membesar dan boleh dituai dalam masa 30 hingga 40 hari sahaja.
Kata beliau, tanaman kontan berkenaan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Kangsar bagi tujuan penghasilan makanan binatang ternakan.
''Dengan menggunakan teknologi Thailand serta baja berprotein tinggi, saya berjaya menghasilkan rumput Napier yang mempunyai daun selebar 2.5 sentimeter walaupun saiz biasa cuma 1.5 sentimeter.
''Melihat hasil tanaman yang begitu subur ini saya rasa cukup puas kerana pengorbanan menumpukan usaha ini sudah mula membawa pulangan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Mustafa memberitahu, tanaman berkenaan kini sudah mula dijual di pasaran yang semakin meluas dengan batangnya dijual pada harga RM1.60 sekilogram dan daun hijaunya berharga 10 sen sekilogram.
Menurutnya, dengan harga tersebut beliau kini boleh tersenyum lebar apabila sudah mampu memperoleh pendapatan sekitar RM12,000 sebulan.
Kata beliau, rumput Napier yang ditanamnya itu mempunyai protein antara 13 hingga 14 peratus berbanding dengan rumput tempatan yang cuma mengandungi antara 9 hingga 10 peratus protein.
Jelas beliau, ia menjadikannya sebagai tanaman yang cukup sesuai untuk makanan binatang ternakan seperti kerbau, lembu, kambing, rusa, ayam belanda dan burung unta.
Katanya, benih dan daun Napier yang ditanamnya bukan sahaja mendapat pasaran di sekitar negeri Perak malahan juga mendapat tempahan dari Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Kelantan.
''Pada peringkat awal memang agak sukar bagi saya mengusahakan tanaman ini kerana keadaan tanah berpasir dan penuh dengan tumbuhan liar.
''Saya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan agak besar iaitu sekitar RM20,000 untuk modal keseluruhan termasuk membersihkan tanah ini tetapi berbaloi kerana sekarang ia sudah jadi ladang rumput yang begitu menghijau," katanya.
Mustafa berkata, oleh kerana projek tanamannya itu telah mula menunjukkan kejayaan maka beliau sedang berusaha memperkembangkan usaha penanaman rumput itu di satu lagi kawasan seluas 4.5 hektar di Kampong Jerlun tidak jauh dari projek pertamanya.
Katanya, ia bagi membolehkan beliau mencapai hasrat sebenarnya iaitu untuk menghasilkan palet makanan ternakan daripada rumput Napier.
''Saya guna bahan campuran terdiri daripada Napier Taiwan, sagu rumbia, hampas kacang soya, gula merah, garam galian, 20 jenis rumput tempatan, starbio, protein ikan dan beberapa campuran lain.
''Daripada kajian yang saya lakukan palet ini mampu mencegah penyakit kerana mempunyai daya tahan berprotein asli," ujarnya yang mendapat bantuan kewangan sebanyak RM131,000 daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana bagi membina kilang tersebut di Talang.
Katanya, dengan menggunakan mesin yang diimport dari China, kilangnya itu nanti mampu menghasilkan palet bermutu tinggi dengan harga 35 sen sekilogram berbanding dengan palet lain berharga 55 sen.
Jelasnya, palet tersebut lebih istimewa kerana boleh juga digunakan untuk makanan ternakan ikan dan sesiapa yang berminat bagi mendapatkan bekalan palet itu rumput Napier boleh menghubunginya di talian 012-5049000.

Projek dimulakan enam bulan lalu bertujuan ringankan beban penternak

Projek dimulakan enam bulan lalu bertujuan ringankan beban penternak
BACHOK: Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan sedang berusaha memperluaskan tanaman rumput Napier di kalangan penduduk negeri ini kerana tumbuhan itu berpotensi menjana pendapatan lumayan berikutan permintaan tinggi di kalangan penternak.
Rumput Napier yang berprotein tinggi hasil penyelidikan UiTM itu, mampu dituai untuk kali pertama selepas tiga bulan, sebelum tuaian seterusnya dilakukan setiap 45 hari.
Projek tanaman rumput napier dimulakan UiTM Kelantan sejak enam bulan lalu dengan matlamat meringankan beban golongan petani yang mempunyai ternakan dan pada masa sama memberi pendapatan sampingan kepada mereka.
Ketua Unit Jaringan Industri UiTM Kelantan, Prof Madya Mohd Zaki Zakaria, berkata berdasarkan kajian pihaknya, tanaman rumput Napier yang diperkenalkan UiTM itu mampu memberi pulangan sehingga RM1,000 sebulan bagi kawasan seluas 0.4 hektar.
Beliau berkata, projek tanaman rumput itu boleh dilakukan sesiapa saja sama ada penternak untuk memenuhi keperluan ternakan masing-masing atau pemilik tanah terbiar yang tidak mempunyai ternakan boleh menjual rumput yang ditanam itu kepada kilang memproses makanan ternakan.
“Pengilang sedia membeli rumput napier segar pada harga 10 sen sekilogram kerana perlu memprosesnya menjadi kering untuk tempoh simpanan lebih lama sebelum dijual kepada penternak yang memerlukan makanan bagi ternakan masing-masing. Harga rumput napier kering hanya kira-kira 30 sen sekilogram, berbanding makanan ternakan sedia ada dalam pasaran yang mencapai lebih 50 sen sekilogram.
“Menerusi kaedah penjagaan dan pembajaan yang betul, penternak tidak lagi berdepan dengan kos makanan yang mahal. Kandungan protein dalam rumput ini lebih tinggi iaitu 18 peratus berbanding keperluan ternakan sekitar 12 peratus saja,” katanya.
Sejak mula diperkenalkan UiTM Kelantan kira-kira enam bulan lalu, ketika ini tujuh penduduk Kampung Permatang Pasir menyertai projek tanaman rumput itu dengan masing-masing mempunyai keluasan 0.4 hingga 0.8 hektar seorang, bagi memenuhi keperluan ternakan masing-masing.
Mohd Zaki berkata, rumput sesuai ditanam atas semua jenis tanah dan mampu mencapai ketinggian tiga meter dalam tempoh tiga bulan, jika mendapat pembajaan dan jagaan yang sempurna.
“Setiap benih akan mengeluarkan enam batang rumput. Apabila matang dan dipotong, setiap batang akan mengeluarkan dua tunas baru yang mampu membesar seperti induknya.
“Proses tuaian akan menyaksikan setiap rumpun rumput ini berkembang besar dan mampu mengeluarkan sehingga setahun sebelum ia dibuang untuk tanaman semula,” katanya.
Mohd Zaki berkata, berdasarkan perkembangan dan potensi rumput terbabit, pihaknya berharap mampu menarik lebih ramai penduduk untuk menanamnya.
“Kebetulan pula saya adalah pensyarah dalam bidang ekonomi pengkhususan yang menekankan mengenai ke arah memperbaiki taraf kehidupan masyarakat yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
“Saya perhatikan banyak bantuan yang kerajaan salurkan tetapi malangnya tidak dimanfaatkan golongan petani atau mungkin tidak sampai ke sasaran, jadi untuk itu saya mengambil inisiatif melalui UiTM dengan menjalankan beberapa kajian dan penyelidikan untuk memastikan apa yang diperlukan petani dapat dikecapi sebaik mungkin.
“Khusus untuk projek ini, saya lakukan kerana rumput adalah sejenis tanaman yang paling senang diuruskan dari segi penjagaannya serta hasilnya sangat cepat,” katanya.
Penternak lembu di Kampung Permatang Pasir, Johari Jaafar, 26, berkata beliau menyertai usaha menanam rumput itu sejak enam bulan lalu dengan harapan dapat mengurangkan kos makanan ternakannya yang suatu ketika mempunyai 30 ekor lembu.
“Dulu saya perlu berbelanja sehingga RM1,000 sebulan untuk membeli dedak sebagai makanan kepada lembu yang dipelihara. Kos yang tinggi, menyebabkan dari semasa ke semasa, saya terpaksa menjual sebahagian ternakan itu untuk menampung keperluan makanan.
“Menerusi tanaman rumput Napier ini, saya berazam meningkatkan jumlah ternakan yang dipelihara kerana sumber makanan segar kini boleh diperoleh dengan mudah,” katanya yang menanam kira-kira 0.4 hektar rumput.
1. Napier India IKN091 dua kali ganda lebih baik berbanding Napier Taiwan.
Ia disebabkan oleh peratus kandungan protein yang terdapat pada daun dan batang Napier India IKN091 adalah jauh lebih tinggi berbanding Napier Taiwan. Dimana Napier Taiwan peratus protein cuma 10-13% sahaja dan Napier India IKN091 peratus PROTEIN adalah 20.3%! Keputusan ini adalah daripada analisis Makmal MARDI, Serdang.


2. Perbezaan ketara yang kedua ialah dari segi Hasil per Ha/Tahun. Napier India IKN091 lebih baik 5 kali ganda berbanding Napier Taiwan IKN091, keputusan daripada analisis yang dikeluarkan oleh JPH, dan Napier Taiwan cuma menghasilkan 20tan/ha/thnNapier India IKN091 mengeluarkan hasil melebihi 100tan/ha/year.

3. Perbezaan yang ke 3, ialah dari aspek penghasilan mata tunas baru. Bagi Napier Taiwan yang berumur sebulan, kadar pengeluaran mata tunas cuma 2 - 3 mata tunas sahaja, bagi Napier India IKN091 pengeluaran mata tunas sudah mencecah 4-6 mata tunas baru. Sewaktu berumur 45 hari hingga 2 bulan, pengeluaran mata tunas benih Napier India IKN091 minimum boleh mencecah 13 mata tunas baru hingga ke 30 mata tunas baru, sedangkan napier taiwan cuma 5 hingga ke 10 mata tunas baru.

Itu untuk pertumbuhan kali pertama, bagi pusingan yang kedua (iaitu selepas dipotong kali pertama) setiap mata tunas akan menganda kepada 2 kali ganda (iaitu sifat yang sama dengan Napier Taiwan). Cthnya, jika minimum 13 batang (yg dihasilkan pada pusingan pertama), ia akan menghasilkan 26 mata tunas baru pada pusingan yang kedua, bermakna hasil/ha/year juga akan meningkat berganda2 selepas pusingan yang seterusnya. Perkara ini akan mempengaruhi hasil/ ha/ year dan kos operasi keseluruhan projek ternakan. Hasil yang dikeluarkan oleh Napier Taiwan ialah 20tan/ha/year dan bagi Napier India IKN091 ialah melebihi 100tan/ha/year! - Analisis dari JPH dan Prof Zaki.

Friday, January 27, 2012

Batu zamrud sudah dipotong terbesar dunia dilelong


REGAN REANEY melihat batu zamrud Teodara di Rumah Lelongan Western Star, Kelowna, British Columbia kelmarin.


KELOWNA, British Columbia - Seketul batu zamrud yang seberat 11.5 kilogram (kg) dan bernama Teodara akan dilelong pada minggu ini.
Batu zamrud yang bersamaan dengan berat 57,500 karat itu ditemui di sebuah lombong di Brazil dan telah dipotong menjadi seperti bentuk buah tembikai di India.
Ia akan dilelong di sini, Kanada pada hari ini.
Batu zamrud tersebut dijangka dilelong di antara AS$2 juta (RM6.07 juta) dan AS$2.5 juta (RM7.59 juta).
Selepas dipotong, ia menjadi milik seorang pemborong Regan Reaney yang membelinya pada 13 Januari lalu.
Sejumlah orang melihat batu zamrud itu semasa ia dipamerkan di Rumah Lelongan Western Star di sini. - Agensi

Wednesday, January 25, 2012

Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari

 

KERATAN Kosmo! semalam.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.
Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines menyatakan, ia mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) mengesahkan radiasi yang dikenali sebagai Letusan Besar Korona (CME) mula bertembung dengan medan magnetik Bumi sekitar pukul 10 pagi (waktu AS) kelmarin.
Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.
Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.
Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi hingga hari ini.
Seorang ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, ribut matahari itu bermula lewat Ahad lalu dengan letusan api meledak berhampiran pusat matahari. - AFP

Neeson mahu peluk Islam

 

LAS VEGAS: Bintang Hollywood, Liam Neeson, bercadang meninggalkan kepercayaan Katoliknya untuk memeluk Islam.
Laporan media semalam menyatakan, Neeson, 59, mengaku dia “diresapi semangat” itu selepas mendengar laungan azan ketika menjalani penggambaran filem di Istanbul, Turki.

Kata Neeson, azan dilaungkan lima kali sehari dan untuk minggu pertama, dia “gila” mendengarnya.

“Tiba-tiba seruan itu meresapi jiwa dan ia menjadi sesuatu yang paling indah,” katanya.

Neeson berkata, ada kira-kira 4,000 masjid di Istanbul dan sesetengahnya begitu indah.

“Ia menyebabkan saya benar-benar berfikir untuk menganut Islam,” katanya.


Neeson dibesarkan di Ireland Utara sebagai penganut Katolik yang taat.

Bagaimanapun, dia beberapa kali mempertikaikan keyakinannya.

“Saya diajar mengenai Katolik, tetapi saya tertanya-tanya setiap hari secara tidak sedar - apa yang kita lak